
Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah meninggal dunia semalam (14 April 2025) di Institut Jantung Negara (IJN).
Takziah Daripada,
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
[Pencapaian Penting Sepanjang Tempoh Pentadbiran]
Pengenalan Islam Hadhari: Pendekatan Islam progresif yang menekankan keseimbangan antara pembangunan dan nilai Islam.
Pembangunan Koridor Ekonomi: Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Utara, Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah, dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Membanteras Rasuah: Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PEMUDAH.
Pembangunan Modal Insan: Dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan” atas usaha memperkukuh kapasiti rakyat.
Pengiktirafan Industri Halal: Menjadikan Malaysia peneraju global dalam industri halal.